Kejohanan boling erat silaturahim Briged Wanita Bayan Baru

ERAT HUBUNGAN… Seramai 60 ahli Briged Wanita Bayan Baru menyertai Perlawanan Boling Persahabatan Wanita Bayan Baru di sini baru-baru ini.

Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Gan Ay Ling selaku pengerusi penganjur berkata, penganjuran berkaitan bukan hanya bertujuan menggalakkan wanita aktif bersukan, malah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

Turut sama, Ahli Majlis bagi MBPP, A. Kumaresan. Ay Ling menyatakan bahawa pihaknya akan sedaya-upaya memartabat dan memperkasakan Briged Wanita Bayan Baru supaya menjadi sebuah pasukan yang aktif di negeri ini.