Kemakmuran dan Kestabilan Hong Kong Penting Bagi Dunia

2019-11-20 13:12:05  CRI
Share with:

Pejabat Perhubungan Kerajaan Rakyat Pusat di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong hari ini mengeluarkan kenyataan merujuk kepada rang "Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong" yang diluluskan di Senat  Amerika Syarikat (AS) bahawa semua rakyat China termasuk di Hong Kong menentang keras akta yang mencampuri hal ehwal Hong Kong itu.
 
Memetik kenyataan itu, kemakmuran dan kestabilan Hong Kong adalah penting bagi AS dan rakyat seluruh dunia.

Kenyataan itu juga memberitahu bahawa kekerasan oleh perusuh melampau di Hong Kong semakin meningkat dan kes jenayah serius masih terus belaku yang mengakibatkan korban nyawa, kerosakan dan kebakaran kedai, gangguan pengangkutan dan penggantungan sekolah.

Hal yang sedemikan tidak mungkin diterima oleh mana-mana negara bertamadun.

张弘