Media Bahasa Mandarin Seberang Laut Kembara ke Guangxi

2019-11-15 10:03:14  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_2_1_2_1_1_cd02ab7f-e5a9-4bab-be20-507d7104f0dd

Kembara Media Bahasa Mandarin Seberang Laut 2019 "Berjuang 70 Tahun, Kejar Impian Baharu" telah dirasmikan di Nanning, Guangxi kelmarin. Hampir 70 media dari 32 buah negara dan wilayah termasuk Indonesia, Jepun, Republik Korea dan Amerika Syarikat akan diatur menghayati Guangxi yang sudah dibangunkan menjadi satu wilayah yang mempesona, dinamik dan maju dalam tempoh 70 tahun lalu.


Dimaklumkan, pada tahun ini, kerajaan pusat China telah meluluskan Pelan Induk Laluan Darat Laut Bahagian Barat dan Pelan Induk Pembangunan Pelabuhan Maklumat China-ASEAN, yang mengesahkan Guangxi dibangunkan sebagai pintu gerbang kewangan yang beroerientasikan ASEAN. Khususnya sejak projek perintis Zon Perdagangan Bebas Guangxi ditubuhkan secara rasmi pada 30 Ogos tahun ini, seluruh wilayah Guangxi dilihat telah memasuki fasa pembangunan yang strategik.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_2_1_2_1_1_1cdfb629-f3f0-41c0-800a-58e7440e19c4

高蕾